Search This Blog

Tuesday, September 20, 2011

SUNTIKAN BAHAN API

Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburetor tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal.

Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi, sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api.

Pemancit bahan api hanya terdiri daripada sebuah muncung serta injap; bahan api dihantar melalui pam bahan api atau bekas bertekanan.

Objektif

Objektif bagi sistem suntikan bahan api boleh jadi pelbagai. Kesemuanya berkongsi tujuan bagi mengangkut bahan api bagi tujuan pembakaran, tetapi ia bergantung kepada keputusan reka bentuk bagi mengoptimakan sistem tersebut. Terdapat beberapa objektif utama iaitu:

  • keluaran kuasa
  • kecekapan bahan api
  • keluaran asap yang lebih bersih
  • keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif
  • kebolehpercayaan
  • pemanduan dan operasi yang lebih lancar
  • kos asas
  • kos penyelenggaraan
  • keupayaan diagnosis
  • banjaran operasi terhadap alam sekitar

Beberapa kombinasi bagi matlamat tersebut ada kalanya saling berlawanan, dan adalah kurang praktikal bagi sesebuah sistem kawalan enjin bagi mengoptimakan kesemua kriteria tersebut secara serentak. Dalam keadaan sebenar, jurutera automotif berusah untuk memberi lebih kepuasan kepada pengguna secara kompetitif. Sistem suntikan bahan api elektronik jauh lebih berupaya untuk mengoptimakan objektif-objektif tersebut daripada karburetor.

Komponen sistem suntikan bahan api elektronik


Rajah keratan rentas sebuah pemancit bahan api.
  • Pemancit bahan api
  • Pam bahan api
  • Pengawal tekanan bahan api
  • ECU - Unit kawalan enjin; mengandungi sebuah komputer digital kecil untuk berkomunikasi dengan penderia serta mengawal keluaran.
  • Gumpalan pendawaian
  • Pelbagai pengesan (Sebahagiannya disenaraikan di sini.)
  • Kedudukan engkol/sesondol: Penderia kesan Hall
  • Aliran udara: Pengesan MAF
  • Kandungan oksigen di dalam gas ekzos: Pengesan oksigen
  • Kedudukan pendikit: Pengesan kedudukan pendikit
  • Suhu bendalir penyejuk: Pengesan suhu bendalir penyejuk (bagi melaras kuantiti suntikan bahan api semasa enjin sejuk)
  • Ketukan enjin: Pengesan ketukan (bagi melaras pemasaan sistem penyalaan sekiranya berlaku ketukan pada enjin)

Jenis suntikan bahan api


Unit Pemancit Badan Pendikit GM
  • Suntikan Badan Pendikit (TBI) atau Suntikan Titik Tunggal - diperkenalkan pada pertengahan 1980-an, ia terdiri daripada hanya satu pemancit bahan api, ditempatkan pada injap pendikit, sama seperti karburetor. Kini ia digantikan dengan sistem suntikan berbilang titik.
  • Suntikan berterusan - bahan api disuntik secara berterusan ke semua pemancit bahan api, digunakan pada sekitar tahun 1974 sehingga awal 1990-an.
  • Suntikan Berbilang Titik (MPI) - pemancit bahan api diletakkan pada setiap rongga masukan, betul-betul berhampiran dengan injap masukan. Pemancit kawalan solenoid elektrik ini dikawal pemasaannya serta kuantiti suntikan secara elektronik oleh ECU. Sistem ini adalah sistem suntikan bahan api yang paling lazim digunakan pada kereta dan motosikal besar.
  • Suntikan Terus - bahan api disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran, menjadikannya sebagai sistem bahan api yang paling cekap. Sistem suntikan terus paling lazim digunakan pada enjin diesel, tetapi baru-baru ini terdapat beberapa model kereta berenjin petrol yang menggunakan sistem suntikan terus seperti Mitsubishi dan Volkswagen.

MINYAK PELINCIR



Biasanya minyak pelincir enjin telah digredkan mengikut standard SAE (Society of Automotive Engineers) iaitu sebuah badan professional bagi kejuruteraan automotif. Pengredan minyak pelincir ini banyak bergantung kepada index kelikatan (viscosity index ) dimana pada tahap suhu tertentu, minyak pelincir ini tidak lagi dapat berfungsi dan melindungi enjin.

NAMA-NAMA LAIN BERKAITAN MINYAK PELINCIR
API (American Petroleum Institute)
STLE (Society of Tribologists and Lubrication Engineers)
NLGI (National Lubricating Grease institute)
ILMA (Independent Lubricant Manufacturer Association)
ACEA (European Automobile Manufacturers Association)
JASO (Japanese Automotive Standards Organization)

W
(winter ) pula ialah “rating” kelikatan minyak pelincir yang telah diuji pada suhu sejuk dan angka-angka yang tertera tanpa W telah diuji pada suhu panas. Jadi, 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu enjin sejuk dan 50 pula ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu enjin panas. Di negara bermusim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas W bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Setiap “rating” minyak pelincir mempunyai tahap ketahanannya yang tertentu, sekiranya melepasi tahap yang ditetapkan minyak pelincir tidak dapat bekerja sebagai pelincir (minyak membeku atau menjadi cair).

SAE10W50 merupakan minyak pelincir “multigred” kerana minyak pelincir ini mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada kurang likat pada suhu sejuk kepada lebih likat pada suhu panas. Sekiranya minyak pelincir hanya tertera SAE40 atau sebagainya. Ianya adalah minyak pelincir “monograde” kerana mempunyai satu kelikatan tunggal samaada semasa suhu sejuk atau panas. Kod seperti SAE10W50 dan SAE40 boleh dilihat pada label yang terdapat pada botol minyak pelincir.

Sungguh pun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelicir “multigrade” turut memainkan peranan dan ianya juga telah menjadi satu standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Bagi pengguna yang sering kali menghadapi kesesakan lalu-lintas terutamanya di bandar-bandar besar, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang tinggi semasa enjin panas adalah digalakkan. Ini kerana, apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukkan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang berkesan. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

Buat masa ini, minyak pelincir yang diperbuat daripada “synthetic” atau “semi-synthetic” adalah yang terbaik jika hendak dibandigkan dengan minyak “mineral”. Kedua-dua jenis minyak ini biasanya telah dicampurkan dengan bahan “addictive” dan harganya juga agak mahal. Sekiranya harganya murah, mungkin bahan “addictive” yang terdapat padanya sedikit. Pengguna yang menggunakan minyak pelincir “mineral” boleh menambahkan “addictive” ini secara manual kerana terdapat pelbagai jenis “addictive” yang boleh didapati dipasaran sekarang ini.

“Addictive”
ada pelbagai kegunaan seperti anti karat, anti oksida, anti buih dan berbagai-bagai anti lain. Bagi pengguna minyak pelincir “synthetic” atau “semi-synthetic” yang mencampurkan bahan “addictive” merupakan satu pembaziran. Lebih baik duit yang ada digunakan untuk belanja kawan-kawan makan.

Kesimpulannya, pemilihan minyak pelincir bergantung kepada jenis kenderaan korang dan ianya perlu dilihat dari pelbagai sudut. Ok, banyak dah aku mengarut. Sampai disini sahaja.