Search This Blog

Wednesday, July 13, 2011

JENIS-JENIS DAN BINAAN SISTEM BREK.

TUJUAN :
.
Sistem brek adalah amat penting pada sesebuah kenderaan. Tanpanya sesebuah kenderaan tidak akan dapat dikawal dan diberhentikan dengan serta–merta. Didalam kertas penerangan ini diterangkan kegunaan, jenis-jenis dan binaan sistem brek.

PENERANGAN:

1) KEGUNAAN SISTEM BREK
  1. Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat.
  2. Untuk mengawal kenderaan semasa dalam perjalanan
  3. Untuk meletakkan kenderaan terutama ditempat-tempat curam.
Sistem brek yang baik mestilah :-

  1. boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
  2. berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
  3. tidak boleh kehilangan kuasa brek.
  4. tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
  5. sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.
2) JENIS-JENIS SISTEM BREK
  1. Mekanikal
  2. Gabungan mekanikal dan hidraulik
  3. Hidraulik
  4. Angin(Pneumatic)

3) BINAAN ASAS BREK JENIS HIDRAULIK

Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut

  1. pedal brek
  2. silinder induk(master cylinder)
  3. saluran paip brek(brake pipe line)
  4. silinder roda(wheel cylinder)
  5. angkup brek(brake caliper)
Binaan asas silinder induk(master cylinder) Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder induk. Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek. Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup). Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas membrek. Injap pampasan (check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan didalam paip brek Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek. Satu gelang snap dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian luarnya pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada masuk ke dalam silinder. Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.


Saluran paip brek(brake pipe line) dan hos boleh lentur(flexible hose) Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder). Umumnya hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan bergerak turun dan naik. Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi, paip dan hos brek mestilah diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran. Paip brek diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi. Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi.


Binaan asas Silinder Roda(Wheel Cylinder) Di dalam silinder roda terdapat satu atau 2 piston dengan mangkuk getah (rubber cup) .Diantara piston tersebut dipasang spring.Spring ini akan mengembalikan semula piston ketempat asal selepas beroperasi. Pada silinder juga terdapat skru penjujus (bleeding screw) untuk tujuan membuang udara yang terperangkap dalam sistem brek. Pengadang habuk (dust cover) dipasang dibahagian luar silinder bagi mengelakkan kekotoran masuk kedalam silinder. Silinder roda (wheel cylinder) biasanya digunakan untuk brek jenis gelendung (drum).



Binaan asas Angkup brek(Brake caliper) Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu:-
  1. Angkup Tetap (fix caliper)
  2. Angkup Apungan (floating caliper)
Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang dipasang secara bertentangan antara satu sama lain.Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal). Sesendal ini berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat menarik balik piston ketempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad dengan permukaan disk.Manakala angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston sahaja,tetapi saiznya agak besar dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap.Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis disk (piring).



4) BREK TANGAN (hand brake)

Juga disebut brek kecemasan atau “parking brake”. Ia digunakan apabila kenderaan telah diberhentikan atau kenderaan akan ditinggalkan di tempat letak kereta.Ini bertujuan bagi memastikan kenderaan tersebut tidak akan bergerak dan berada dalam keadaan selamat. Selain dari itu brek tangan berfungsi sebagai membantu memberhentikan kenderaan seandainya sistem brek hidraulik kurang berfungsi. Amalan ini tidak harus diamalkan, hanya sekadar waktu kecemasan sahaja. Binaan Brek Tangan(hand brake) Brek tangan terdiri daripada tiga unit penting iaitu:-
  1. unit ratchet
  2. kabel keluli boleh lentur
  3. unit gesel brek


Kendalian Brek tangan(Hand brake) Brek tangan dikendalikan secara mekanikal. Apabila lengan tuil ditarik, kabel akan menarik gesel brek digelendung (drum). Ini menyebabkan gesel brek keluar gesel dan menekan permukaan gelendung (drum).Ini akan menyebabkan roda tidak bergerak lagi.



Kaedah pemasangan brek tangan(hand brake) Pada kebanyakkan kenderaan unit gesel brek biasanya dipasang pada roda belakang kenderaan. Cara lain yang terdapat pada kenderaan ialah kelengkapan brek tangan dipasang pada aci pemutar yang dikenali sebagai “Brek bengkung cerut”atau (Transmission drum hand brake). Bengkung brek (Brake band) akan tertolak keluar apabila rod penarik ditarik. Bengkung brek akan melekap pada gelendung (drum) menyebabkan kenderaan tidak boleh bergerak lagi.




4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nice information

Unknown said...

Thanks for this information

Unknown said...

Tq